Hari ini aku menangis...
Bukan kerana dilanda sedih...
Bukan kerana kemboja memutih...
Bukan juga kerana diulit kasih...
Tetapi...
Hari ini aku menangis...
Kerana ditimpa penghinaan...
Dek ketegaran seseorang...
Yang menganggap dirinya terbaik...
Yang mengangkat dirinya terhebat...
Yang bila putih katanya, maka putihlah kata semua...
Terpana aku...
Mengapa suaranya lantang....KUAT!!!
Tiadakah kelembutan yang mampu diselitkan dalam tuturnya...
Anggapannya aku ini kecil...
Adakah dia itu BESAR?!
Apakah hanya kesilapanku yang tertilik olehnya...
Adakah dirinya itu terlalu SEMPURNA?!
Apakan daya...
Terpaksa ku telan segala penghinaan...
Walau...
Diri dipijak tanpa belas...
Maruah tercalar rasa terkeji...
Diam di bibir, tercalar di hati...
Kebilku melawan genangan jernih ...
Hingga akhirnya...
Hari ini aku menangis...
Tapi siapa yang peduli...
No comments:
Post a Comment