Tuesday, November 17, 2009
THINKING QUEST
KEMBALI BAHAGIA
Sunday, November 15, 2009
Monday, November 2, 2009
BOUNCE BABY!!
Sunday, November 1, 2009
LEPASKANLAH
Biarkan cinta itu berlalu
Andainya ia menyakitimu
Mungkin kini kau tegar
Tapi kau pasti kan mengerti nanti
Cinta itu sepatutnya indah
Tiada makna andai ia menyeksa jiwa
Andai dia milik mu
Penghujung dunia pun takkan dapat
Memisahkan kau dan dia
Lepaskan lah ia
Berikan dirimu dan dirinya peluang
Mungkin tika kau bernafas kembali
Kau kan sedar penghujungnya kan tetap begini
*aduss....tetiba terkeluar plak lirik ni dengan melodinya dari kepala ku...mindaku tengah berpusing-pusing nih...nak wat camner idea mencurah2...hehe;)
MELODI HATIKU
Engkau di sana
Aku merindu
Jarak pemisah
Masa penentu
Hati ku terpaut padamu
Biar kau tak mampu ku sentuh
Jiwa ku menyanyi untuk mu
Saban hari rinduku kian utuh
c/o
Rindu ini melodi hati ku
Mungkin tak senada dengan hati mu
Namun ianya bukan penghalang
Untuk hati ku bernyanyi riang
c/o
Mungkin....satu hari nanti
Melodi....hati kita kan seiring
Walau.....andai kicau mu tak berubah
Kicau ku....kan tetap melodi hati ku
*diinspirasikan buat pencinta-pencinta sepi...gara-gara tengok "He's just not that into u"...hehe;)
Aku merindu
Jarak pemisah
Masa penentu
Hati ku terpaut padamu
Biar kau tak mampu ku sentuh
Jiwa ku menyanyi untuk mu
Saban hari rinduku kian utuh
c/o
Rindu ini melodi hati ku
Mungkin tak senada dengan hati mu
Namun ianya bukan penghalang
Untuk hati ku bernyanyi riang
c/o
Mungkin....satu hari nanti
Melodi....hati kita kan seiring
Walau.....andai kicau mu tak berubah
Kicau ku....kan tetap melodi hati ku
*diinspirasikan buat pencinta-pencinta sepi...gara-gara tengok "He's just not that into u"...hehe;)
KEHIDUPAN
Kita tahu bagaimana permulaannya
Dan saban hari kita terokai perjalanannya
Ada suka, ada duka
Temui cinta, kehilangan cinta
Sekejap di atas, sekejap di bawah
Ada tikanya lemas dipukul ombak
Yang pasti
Setiap hari kita berjuang
Dengan hati dan minda yang terbuka
Berbaloi untuk kita harunginya
Demi satu kehidupan yang kita idamkan
Kita hanya manusia biasa
Mati itu pasti, tiada kuasa untuk kita menghalangnya
Tapi selagi hayat dikandung badan
Walau sukar jalan yang perlu ditempuhi
Perjuangan perlu diteruskan
Kerana kehidupan ini penuh misteri
Hanya Dia sahaja Yang Maha Mengetahui
Subscribe to:
Posts (Atom)