Sunday, November 1, 2009

KEHIDUPAN

Kita tahu bagaimana permulaannya
Dan saban hari kita terokai perjalanannya
Ada suka, ada duka
Temui cinta, kehilangan cinta
Sekejap di atas, sekejap di bawah
Ada tikanya lemas dipukul ombak
Yang pasti
Setiap hari kita berjuang
Dengan hati dan minda yang terbuka
Berbaloi untuk kita harunginya
Demi satu kehidupan yang kita idamkan

Kita hanya manusia biasa
Mati itu pasti, tiada kuasa untuk kita menghalangnya
Tapi selagi hayat dikandung badan
Walau sukar jalan yang perlu ditempuhi
Perjuangan perlu diteruskan
Kerana kehidupan ini penuh misteri
Hanya Dia sahaja Yang Maha Mengetahui











No comments:

Post a Comment