Tuesday, October 27, 2009

TERLUKA


Memang mudah untuk kita melukai
Sama ada dengan perbuatan
Atau sekadar kata-kata...

Setelah melukai
Cukup mudah kemaafan dipohon
Seolah-olah ianya hanya satu mainan
Permainan 'Ku lukakan mu dan kau maafkan ku'
Kejamnya mainan perasaan mu...

Untuk melukai memang mudah
Tapi tak mudah bagi pihak yang terluka
Kerana setiap kali perasaan ini terluka
Parutnya pasti ada...
*khas buat insan2 yang melukai...diinspirasikan oleh ****** yang terluka (rahsia)...hehe;P

No comments:

Post a Comment